Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
PENGIKTIRAFAN & ANUGERAH

ANUGERAH UNTUK PEMBANGUNAN PEMULIHARAAN

Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mendapat penghormatan apabila Rumah Besar Syed Alatas di Lebuh Armenia memenangi Anugerah untuk Pembangunan Pemuliharaan dan Warisan yang diberi oleh Badan Warisan Malaysia. Kerja membaik pulih Rumah Besar Alatas adalah projek pemulihharaan perintis yang dijalankan oleh Majlis bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan bantuan daripada Kerajaan Perancis. Bangunan yang dibaik pulih ini, yang terletak di tengah-tengah Enklaf Bersejarah Lebuh Aceh / Lebuh Armenia sudah menjadi daya penarik yang popular buat pelancong-pelancong tempatan dan asing.

ANUGERAH PERANCANGAN TAHUN 2005
Selaras dengan visi warisan untuk mewujudkan bandar sejahtera, MPPP telah menjalankan beberapa projek pemuliharaan bandar untuk menghidupkan semula kawasan dalaman bandaraya George Town. Objektif utama projek ini adalah untuk mengindahkan pemandangan bandar bagi menarik lebih ramai pembeli dan pelancong serta menyediakan kawasan-kawasan untuk sambutan perayaan.

Enam projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan, iaitu projek menaiktaraf Jalan Penang, projek "Little India", projek "Penang Gold Bazaar", kawasan separa pejalan kaki Lebuh Campbell, projek Lebuh Pantai serta projek Lebuh Acheh dan Lebuh Armenian.

Bermula dengan projek Lebuh Campbell pada tahun 1998, kawasan dalaman Bandaraya George Town telah berubah dengan pesat dari persekitaran bandar yang tidak teratur kepada bandar yang mengambilkira keperluan penduduk tempatan, komuniti perniagaan dan golongan kurang upaya.

Projek-projek ini telah mendapat peruntukan kewangan dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Kerajaan Negeri serta Pihak MPPP sendiri.

Di atas hasil usaha dan kesungguhan Jabatan Perancangan Pembangunan dalam pemuliharaan warisan bandar di Pulau Pinang, projek-projek ini telah menerima Anugerah Kecemerlangan Perancangan (Kategori 3-Pembangunan Semula, Pemeliharaan dan Pemuliharaan) dari Pertubuhan Perancangan Malaysia pada Hari Perancangan Bandar Sedunia 2005. 

Kawasan Separa Pejalan Kaki Di Lebuh Campbell

Projek ini meliputi keluasan sebanyak 11m2 dengan jarak jalan sepanjang 677m dan terdapat 184 unit bangunan yang terlibat. Ini adalah salah satu projek pembiayaan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia di bawah RM ke-7. Projek bernilai RM2.4juta ini telah siap pada 30 Ogos 1999

.

 

Projek Lebuh Pantai

Projek ini adalah projek pembiayaan daripada Kerajaan Negeri dan MPPP. Projek bernilai RM2.441 juta ini telah siap pada 25 November 2003.

Projek Penang Gold Bazar

Projek ini adalah salah satu projek pembiayaan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah RM ke-8. Projek (fasa 1) bernilai RM4.9juta ini telah siap pada 1 Januari 2004. Sementara Projek (fasa 2) dengan peruntukan sebanyak RM3.3juta dijangka siap pada 15 April 2006.

Lebuh Acheh Lebuh Armenian

Projek ini adalah projek pembiayaan daripada Kerajaan Negeri dan MPPP. Projek bernilai RM6.2juta ini telah siap pada 25 November 2003.

 

Pages: 1  2  

CARIAN
KELENDAR
30 Julai 2010
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Lagi Peristiwa Bulan Ini

 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Unit Tadbiran Perancangan dan Pengurusan Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang   Portal MSC  Portal OSC