 | Memproses Permohonan Untuk Kelulusan Pelan Parit Dan Jalan Dan Pengeluaran Sijil Siap Kerja:  Permohonan Pelan Parit Dan Jalan Pengeluaran Sijil Siap Kerja |
 | Memproses Permohonan Untuk Kelulusan Pelan Lampu Jalan Dan Pengeluaran Sijil Siap Kerja:  Permohonan Pelan Lampu Jalan Pengeluaran Sijil Siap Kerja |
 | Memproses Permohonan Untuk Kelulusan Pelan Kerja Tanah Dan Pengeluaran Sijil Siap Kerja:  Permohonan Pelan Kerja Tanah Pengeluaran Sijil Siap Kerja |
 | Memproses Permohonan Untuk Kelulusan Pelan Pembersihan Dan Pengeluaran Sijil Siap Kerja:  Memproses Pelan Pembersihan Permohonan Permit Pemasangan Alat-Alat Kebersihan Kebenaran Memulakan Kerja Notis Untuk Ujian Paip-Paip Najis Pengeluaran Sijil Siap Kerja |
 | Memproses Permohonan Untuk Kelulusan Pelan Lanskap Dan Pengeluaran Sijil Siap Kerja:  Permohonan Pelan Lanskap Pengeluaran Sijil Siap Kerja |
 | Carta Aliran Kerja Untuk Proses Pelan Bangunan |
 | Prosedur Mempertimbangkan Pelan Bangunan Ringkas Secara Serta Merta |
 | Proses Pengemukaan Pelan Bangunan |
 | Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness) |
 | Permohonan Tukarguna Bangunan |
PERMOHONAN UNTUK PERAKUAN KELAYAKAN MENDUDUKI (Certificate of Fitness)
Carta Aliran Kerja Untuk Proses Perakuan Kelayakan Menduduki
(Certificate of Fitness)
Permohonan hendaklah dibuat oleh orang yang mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis.
PERHATIAN:
Apabila permohonan dikemukakan, sila pastikan bahawa:
- Bangunan siap dibina mengikut kelulusan pelan bangunan dan surat pengesahan daripada Arkitek, Jurutera, Pelukis Pelan Berdaftar dan Juru Ukur tanah berlesen diperolehi.
- Semua surat sokongan daripada jabatan-jabatan teknikal berkenaan diperolehi.
- Segala bayaran sumbangan dijelaskan di Tingkat 3, KOMTAR, Bahagian Kutipan Hasil MPPP)
- Borang permohonan (contoh borang boleh diperolehi daripada Jabatan Bangunan) diisi dengan lengkap.
JABATAN-JABATAN TEKNIKAL MAJLIS
- Jabatan Bangunan
- Jabatan Kejuruteraan
- Jabatan Perancangan Bandar dan Pembangunan
- Jabatan Pelesenan
- Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
- Jabatan Warisan
JABATAN-JABATAN TEKNIKAL LUARAN
- Perbadanan Berkuasa Air Sdn. Bhd. (PBASB)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Jabatan Bomba & Penyelamat
- Syarikat Telekom Malaysia (STM)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Jabatan Penerbangan Awam (JPA)
- Jabatan Alam Sekitar (DOE)
- Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
(Mana-mana jabatan yang terlibat sahaja)
Segala bayaran sumbangan boleh dijelaskan di Tingkat 3, KOMTAR, Bahagian Kutipan Hasil MPPP)
CARA-CARA MEMOHON
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada arkitek Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Bangunan Majlis, Tingkat 14, KOMTAR. Permohonan yang lengkap akan diproses dengan serta-merta dan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness) dikeluarkan dalam tempoh 14 hari.
Sekiranya permohonan dibuat oleh pemilik bangunan sendiri (bagi rumah setara Majlis dan rumah separuh kekal), maka beliau perlu memastikan:
- Rumah telah siap dibina.
- Semua syarat kelulusan pelan dipatuhi.
- Surat permohonan dikemukakan kepada Majlis.
- Surat Juru ukur Tanah Berlesen bagi pengesahan perletakan bangunan, Jika ada.
Tentukan kesemua syarat kelulusan seperti yang tercatat di dalam Pelan Bangunan itu dipatuhi sepenuhnya sebelum sebarang permohonan dibuat.
PERINGATAN PENTING
Di bawah Seksyen 28, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986, menyatakan:
Tiada seorang pun yang boleh menduduki atau membenarkan diduduki mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya melainkan jika sesuatu perakuan kelayakan menduduki, suatu perakuan kelayakan menduduki sebahagian atau suatu kelayakan menduduki sementara telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil ini bagi bangunan itu dan apa-apa kemungkiran untuk mematuhi undang-undang kecil ini boleh menyebabkan orang itu kena didakwa di bawah akta ini.